KURSUS PROJECT COORDINATOR SPECIALIST (BANGUNAN)

ANJURAN BERSAMA

       amt jmti-minAMT Services PLT & Japan Malaysia Technical Institute

IMG-20160830-WA0004

OBJEKTIF

Memberi penekanan dalam menghasilkan pekerja secara tetap atau sambilan yang mampu merancang, memantau,serta menyediakan laporan lengkap projek.

 Merancang: Dari segi keperluan pekerja, bahan-bahan binaan, tempoh masa pelaksanaan projek serta  ketepatan kerja yang dilakukan di tapak projek dan kos keseluruhan projek

 Memantau: Dari segi jumlah kehadiran pekerja, penambahan pekerja mengikut keperluan, penggunaan bahan binaan, tempoh masa pelaksanaan projek serta  ketepatan kerja di tapak projek

 Penyediaan laporan: Penyediaan lengkap laporan yang di terima pakai secara berkala sehingga projek siap, menghadiri mesyuarat di tapak projek serta menyediakan segala lapuran berkaitan kepada pihak-pihak berwajib.

 Pengiraan: Peserta juga akan di tunjuk cara pengiraan kuantiti barangan serta juga cara pengiraan kos sesuatu aktiviti pembinaan

 

(A)  Merangkumi teori dan praktikal. Peserta akan menjalankan simulasi projek dalam masa kursus, lengkap dengan laporan untuk diserahkan kepada majikan.
(B)  Peserta akan di dedahkan teknik menyediakan laporan secara sambilan untuk kontraktor-kontraktor yang memerlukan laporan projek. Penilaian akan diberi dari segi gerak kerja yang dilakukan serta kualiti laporan projek.

(C)  Peserta  akan dianugerahkan sijil penyertaan dari pihak JMTI, dan telah bersedia untuk melibatkan diri sebagai “Project Coordinator Specialist” di mana-mana projek pembinaan secara tetap atau sambilan dengan pulangan pendapatan yang lumayan.
(D)  Setelah peserta mempraktikkan apa yang diajar dan dapat mengawasi beberapa tapak projek, peserta boleh memohon untuk menghadiri temuduga Tauliah Pengawasan Tapak oleh CIDB. Sekaligus menaiktaraf kedudukan anda untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.

 

MAKLUMAT PENGAJAR

Tn Hj Roslan bin Ibrahim seorang pemegang ijazah kejuruteraan awam dari UITM dan seorang kontraktor  G7, yang berjaya telah bermula sebagai seorang “Project Coordinator Specialist” pada awal 90an. Dengan pengalaman menguruskan pelbagai projek-projek pembangunan  beliau mula mengorak langkah sebagai kontraktor kelas F beberapa tahun kemudian. Beliau terus meniti kejayaan demi kejayaan dalam semua projek yang beliau terlibat secara langsung sehingga akhirnya pada hari ini beliau boleh berdiri megah sebagai kontraktor G7.

Dengan pengalaman yang luas dalam bidang pembinaan, kini beliau ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau untuk membantu melahirkan lebih ramai lagi “Project Coordinator Specialist” serta kontraktor-kontraktor yang berjaya. Untuk itu beliau sentiasa percaya dan yakin kejayaan boleh dicapai selagi seseorang itu sanggup berkorban dan bermula dari peringkat bawah sebagai “Project Coordinator Specialist” untuk memahami dan mendalami ilmu-ilmu yang diperlukan sebelum melangkah lebih jauh lagi sehingga bergelar seorang kontraktor.

 

JADUAL KURSUS PROJECT COORDINATOR SPECIALIST 

TARIKH

(dari – hingga)

LOKASI LATIHAN

STATUS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

REQUEST TRAINING PROGRAM
Kindly fill up this form if you would like to request any technical training program from us not limited to Injection Moulding. We will get back to you as soon as possible.

Please prove you are human by selecting the Car.

X
REQUEST TRAINING PROGRAM