Kursus AMT Plastik Injeksi Molding
Pada 21~24 Mac 2016
Bertempat di Japan Malaysia Technical Institute (JMTi) Penang, Malaysia
Deskripsi ringkas kursus
Kursus ini merupakan kursus internasional pertama kali dianjurkan AMT menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Setiap modul yang terdapat di dalamnya telah disusun rapi untuk keperluan semua perusahaan yang melibatkan plastik injeksi.
Penekanan modul diberikan pada kaedah penetapan parameter mesin mengikut jenis material, produk, dan sifat produk akhir yang diinginkan. Seterusnya modul memfokuskan tentang kaedah penyelesaian kecacatan produk plastik atau juga disebut defek produk. Kedua-dua modul ini merupakan teras ilmu yang diperlukan oleh semua perusahaan plastik injeksi.
Tempoh kursus adalah selama 1 minggu di Pulau Pinang, Malaysia. Pada sesi Q&A peserta boleh menanyakan sebarang soalan berkaitan plastik injeksi kepada pengajar. Pada penghujung kursus peserta akan mengaplikasikan ilmu yang telah diajar di dalam sesi praktikal. Di AMT, kami percaya proses pembelajaran itu yang terbaik ialah apabila peserta berhadapan secara langsung dengan pengajar & terlibat secara langsung dalam aplikasinya.
Maklumat Pengajar
Azahar Hasan, seorang graduat ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia. Memulakan kariernya sebagai pengajar di Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) di bawah Kementerian Sumber Tenaga Manusia pada tahun 1984. Mendapat pelbagai latihan berkaitan plastik injeksi dari pelbagai pusat latihan dan syarikat di Negara Jepun seperti Nissei School, Takahashi Seiki, Yamashita Precision, Idemitsu Chemical, Tokyo High Ploymer Centre dan beberapa tempat yang lain. Setelah berhenti dari CIAST, beliau menubuhkan AMT Services dan mula bergerak aktif menganjurkan kursus plastik dari tahun 1999. Beliau juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kemahiran untuk bahagian plastik di bawah seliaan JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Sehingga kini pengetahuan dan pengalamannya telah dikongsi kepada beribu pelajar yang datang dari pelbagai negara, universiti, pusat latihan termasuk peserta dari negara-negara ASEAN.